Rabu, 19 Mei 2010

Kesihatan Diri Dan Keluarga

Kesihatan diri adalah perkara yang perlu diberi perhatian kerana segala penyakit bermula daripada gaya hidup yang tidak sihat seperti amalan pemakanan yang tidak sihat dan sikap individu itu sendiri.Amalan pemakanan yang tidak sihat berpunca daripada masalah psikologi individu yang ingin kelihatan cantik dan menarik tanpa memikirkan kesan sampingan terhadap kesihatan mereka.Sebagai contoh,pengambilan pil-pil pelangsing badan.

Di samping amalan pemakanan yang sihat,institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam usaha memperoleh kesempurnaan dan kesejahteraan hidup.Sungguhpun kelurga adalah satu unit kecil dalam masyarakat,institusi ini memberi suasana persekitaran yang ideal untuk perkembangan nilai keinsanan,adab akhlak dan etika.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan