Rabu, 19 Mei 2010

Kesihatan Diri

Keiginan untuk kelihatan cantik dan menarik tidak mendorong individu mengamalkan pemakanan yang sihat.Ada individu yang mengambil jalan singkat untuk kelihatan cantik.Amalan pemakanan yang tidak sihat ini boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti anoreksia nervosa dan bulimia nervosa.Anoreksia nervosa adalah berlapar dan tidak sukakan makanan.Bulimia nervosa pula bermaksud,memuntahkan makanan yang baru dimakan dengan cara mengorek tekak selepas makan.

Kesihatan Diri Dan Keluarga

Kesihatan diri adalah perkara yang perlu diberi perhatian kerana segala penyakit bermula daripada gaya hidup yang tidak sihat seperti amalan pemakanan yang tidak sihat dan sikap individu itu sendiri.Amalan pemakanan yang tidak sihat berpunca daripada masalah psikologi individu yang ingin kelihatan cantik dan menarik tanpa memikirkan kesan sampingan terhadap kesihatan mereka.Sebagai contoh,pengambilan pil-pil pelangsing badan.

Di samping amalan pemakanan yang sihat,institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam usaha memperoleh kesempurnaan dan kesejahteraan hidup.Sungguhpun kelurga adalah satu unit kecil dalam masyarakat,institusi ini memberi suasana persekitaran yang ideal untuk perkembangan nilai keinsanan,adab akhlak dan etika.

Selasa, 18 Mei 2010

Gaya Hidup Sihat

Kesihatan yang baik amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup.Cara yang paling berkesan untuk memelihara taraf kesihatan yang baik adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.Ini merangkumi aspek kesihatan fizikal,dan mental.Dari aspek fizikal,gaya hidup sihat bermaksud menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan,persekitaran dan alam sekitar.Ini termasuk melakukan aktiviti sukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu,makan makanan yang seimbang dan mengelak daripada penyalahgunaan bahan.Amalan gaya hidup sihat dari aspek mental bermaksud mengawal stres dan ketengangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa,perasaan dan fikiran.

Amalan Pemakanan Yang Tidak Sihat

Amalan pemakanan yang tidak sihat bermaksud pengambilan makanan yang terlalu sedikit berbanding keperluan metabolisme badan.
Antara amalan pemakanan yang tidak sihat adalah berlapar,memuntahkan makanan yang dimakan dan memakan pil-pil pelangsing badan secara tidak terkawal.Amalan ini berpunca daripada masalah psikologi iaitu kebimbangan terhadap kegemukan yang berlebihan

Isnin, 17 Mei 2010

Langkah-langkah Pencegahan Amalan Pemakanan Tidak Sihat.

Kaedah terapi tingkah laku merupakan salah satu cara untuk memperoleh berat badan unggul secara sempurna dan berkesan.Berikut adalah antara terapi tingkah laku yang boleh diamalkan bagi membentuk gaya hidup sihat.
@Makan ikut jadual dan secara berkhemah.
@Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
@Tidak mengambil makanan yang berkolori tinggi.
@Mengamalkan senaman yang tetap sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan selama 20 minit
@Elakkan mengambil makanan ringan sebelum waktu makan.
@Memantau sendiri dengan merekodkan makanan yang dimakan setiap hari.

Kesan Amalan Pemakanan Tidak Sihat

*Buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kekurangan air dan kalsium untuk proses perkumuhan.
*Ganguan pada denyutan jantung.
*Kandungan kalium dalam darah menjadi rendah dan menyebabkan denyutan nadi yang tidak konsisten dan berkemungkinan mati mengejut.
*Kekurangan zat makanan menyebabkan kulit menjadi kering,rambut gugur dan tidak bermaya.
*Kandungan elektrolit badan tidak seimbang.
*Mengalami masalah psikologi seperti perasaan rendah diri dan suka bersendirian.
*Kekurangan rembesan estrogen.
*Mempercepatkan proses osteoporosis.
*Penghakisan lapisan epitelium pada kerongkong.

Ciri-ciri Amalan Pemakanan Tidak Sihat

Tabiat suka berlapar =Tidak bimbang dan takut akan kegemukan.
=Sentiasa merungut dan tidak berpuas hati tentang berat badannya.
=Sentiasa berasa rendah diri apabila berbual mengenai berat badan.
=Benci pada makanan.
=Gangguan kitran haid.

Tabiat mengeluarkan=Mempunyai selera makan yang tinggi.
semula makanan atau=Makan dalam kuantiti yang banyak pada sesuatu masa.
memuntahkan. =Mengalami sakit perut sebaik sahaja selepas makan.
=Keinginan mempunyai berat badan yang unggul.
=Selalu merungut mengenai berat badan.