Selasa, 18 Mei 2010

Gaya Hidup Sihat

Kesihatan yang baik amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup.Cara yang paling berkesan untuk memelihara taraf kesihatan yang baik adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.Ini merangkumi aspek kesihatan fizikal,dan mental.Dari aspek fizikal,gaya hidup sihat bermaksud menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan,persekitaran dan alam sekitar.Ini termasuk melakukan aktiviti sukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu,makan makanan yang seimbang dan mengelak daripada penyalahgunaan bahan.Amalan gaya hidup sihat dari aspek mental bermaksud mengawal stres dan ketengangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa,perasaan dan fikiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan